Sunday, July 11, 2010

Anak angkat Malaysian Airline


Wah!! Untung budak2 sekarang,walaupun cuma sekolah mereka jadi anak angkat kepada Penerbangan Malaysia(MAS),tapi diorang pun dapat menikmati berbagai keistimewaan.Pada 29 Jun 2010 lepas, pihak MAS menaja penerbangan diorang dari Penang-K.Lumpur(pergi dan balik) untuk program Motivasi Jaya Diri yang berlangsung selama 2 hari di Wisma Belia K.Lumpur. Seramai 30 orang pelajar tahun 6 yang terlibat,iaitu 12 lelaki dan 18 perempuan serta diiringi oleh 2 orang guru .Ini merupakan tahun ke3 pihak MAS menganjurkan acara2 sebegini dan objektifnya untuk memberikan semangat dan dorongan kepada para pelajar agar lebih yakin dan berusaha untuk mencapai kejayaan yang baik dalam bidang akademik.Terima kasih kepada pihak sekolah dan MAS serta semua pihak yang terbabit dengan program ni semoga dapat memberi kesedaran kepada anak2 semua. Nur Saffia Nasir antara yang bertuah kerana dapat mengikuti program sebegini.

Tahun ni adalah kali kedua saya dipilih untuk program anjuran MAS, Seronok....saya jadi lebih bersemangat untuk belajar dan untuk berjaya dalam peperiksaan, terima kasih untuk ibu dan bapa kerana memberi kepercayaan untuk saya...

No comments:

Post a Comment